1/16/2008

16* 9 Kepada MURTAD

http://temanku.blogdrive.com/

Ensiklopedia Nusantara
Sembilan perbuatan bawa kepada murtad
Bersama Wan Mohd Shaghir Abdullah


Kitab fiqh pertama bahasa Melayu ialah ash-Shirath al-Mustaqim oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Ia mengenai akidah karya beliau judul Durar al-Faraid bi Syarh al-'Aqaid bukan yang pertama dalam bahasa Melayu. Pertama ialah karya Syeikh Aminuddin ulama dari Kedah.

Sungguh pun demikian Durar al-Faraid bi Syarh al-'Aqaid dapat disejajarkan termasuk dalam kategori penulisan awal ilmu 'aqidah dalam bahasa Melayu. Kitab Durar al-Faraid selesai ditulis pada 1045 H/1635 M. Manuskrip salinan Durar al-Faraid dijumpai beberapa buah dan dalam bentuk cetakan pula ialah 12 Rabi'ulawal 1311 H/23 September 1893 M oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah.

Berdasarkan pendapat sarjana berasal dari Aceh sendiri, Prof Dr Ahmad Daudy, beliau berpendapat, Durar al-Faraid berasal dari kitab bahasa Arab yang berjudul Syarh al-'Aqaid an-Nasafiyah karya Imam Sa'duddin at-Taftazani.Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah seorang ulama berpegang teguh pada Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Mazhab itu terbahagi pada tiga bahagian ialah iaitu Sekalian Fuqaha' (ahli fiqh); Sekalian Muhadditsin (ahli hadits) dan Sekalian Muhaqqiqin (ahli shufi).

Syeikh Nuruddin ar-Raniri menolak beberapa jenis golongan tasawuf yang dianggapnya sesat seperti beliau tulis:, "Adapun pada i'tiqad Muhibbahin yang sesat, apabila sampai hamba itu pada martabat kesudahan kasihnya akan Allah Ta'ala, dan tulus hatinya, dan dia memilih iman daripada kufur, maka gugurlah daripadanya 'amar' (perintah Allah) dan 'nahi' (larangan Allah). Dan tiada di masukkan oleh Allah akan dia ke dalam neraka jika ia mengerjakan segala dosa besar sekalipun."

Dalam Durar al-Faraid juga Syeikh Nuruddin ar-Raniri menempatkan wajib bagi negeri yang majoriti Islam mestilah mempunyai raja beragama Islam. Di antara kalimat beliau, 'Wajib kita i'tiqadkan, menjadi raja, iaitu tak dapat tiada pada Islam. Wajib mengikutnya dalam segala pekerjaan yang berlaku dengan syarak.'

Barang siapa mati maka dia tidak mengenal raja pada masanya, maka mati kafir. Barang siapa menyangkal fardu menjadi raja (bagi orang Islam) itu mati kafir."



  • Di antara kandungan penting dalam Durar al-Faraid, Syeikh Nuruddin ar-Raniri menyenaraikan sebab orang Islam menjadi murtad atau terkeluar agama Islam di antaranya ialah:
  • Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan hukum tetap seperti zina dan riba.
    Menghalalkan kilang minuman yang memabukkan.
    Barang siapa bersedekah dengan harta haram dengan mengharapkan pahala di akhirat, menjadi kafir.
  • Kalau harta yang haram disedekahkan kepada orang fakir sedang tahu ia haram, lalu dia berdoa, pemberi sedekah mengaminkannya, menjadi kafir keduanya.
  • Barang siapa berkata pada sesama Islam, 'Hai kafir!'. Maka yang berkata itu menjadi kafir.
    Barang siapa berkata: "Diriku murtad" atau 'Aku mulhid.'
  • Barang siapa memukul seseorang, yang dipukul berkata: "Jangan engkau pukul aku, aku Islam!" Berkata yang memukul 'Laknat Allah padamu', atau 'pada Islammu.'
  • Barang siapa membaca al-Quran ketika memukul rebana atau meniup serunai.
  • Barang siapa berkata bahawa Yahudi dan Nasrani atau barang sebagainya lebih baik daripada Islam.
Syeikh Nuruddin ar-Raniri menyenaraikan beberapa jenis dosa besar, iaitu lari dari perang sabilillah dengan kafir; makan harta anak yatim; derhaka kepada ibu bapa; makan riba; mencuri; minum arak, tuak atau apa saja yang memabukkan; liwat; merampas harta orang; saksi dusta; memukul sesama Islam; bersumpah palsu; meninggalkan amar ma'ruf (menyuruh kebaikan) dan nahi munkar (melarang kemungkaran); melupakan al-Quran sesudah dipelajarinya; membakar orang bernyawa ketika masih hidup; menghina ilmu; menghina ulama dan mensia-siakan hak ulama.

No comments: